PRIVACY…

Hi friend..
Sometimes we want to be alone without nobody disturbing our privacy…isn’t it???but,
do you want to be like this…ask yourself!-LONELINESS is KILLING-
HEALTH
Hikmah sujud
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa
tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap
ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau
akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal
seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan
dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit
dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan
elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah
dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman
darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti
seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
READING CORNER…
SATU PENERBANGAN…
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.
3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.
5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ’La ila ha illallah’.
7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita lay! ak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
20.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! ’sekiranya’ anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’ Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
-
Archives
- April 2008 (14)
- March 2008 (3)
- February 2008 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS